musafir aku ke vietnam memang berjaya mencapai objektif.
a.menjejak kaki ke ho chi minh buat kali PERTAMA. (negara ke 4 di ASEAN aku lawati)
b.melawat dan beramah mesra dengan orang islam Melayu cham di 2 masjid (jalan colon dan masjid india)
c.menikmati makanan halal di ho chi minh
d.melawat kawasan perniagaan utama di saigon iaitu ben than dan china town
e.melawat rumah orang islam cham di ho chi minh
f.mengenali pelajar dan staf uthm yang terlibat dalam mobiliti keusahawan kolej kediaman ke vietnam
g.membawa "ilmu" dan pengalaman" untuk memperkukuh gerak kerja "aktivis sosial' di Malaysia.
3 julai 2011 (ahad)
aku bertolak 3 julai 2011 dalam jam 8 malam(waktu Malaysia).seorang je.kawan2 semua telah sampai ke ho chi minh.mmg best travel seorang2 walau bosan je,,ketibaan ke airport,dijemput oleh saudara @[100000481111662:Mohd Fadel Alwi].malam tu kami tak jalan2..penat tapi kenangan indah dan esok nak jalan jauh menikmati 'syurga beli belah" ho chi minh..
4 Julai 2011 (isnin)
pagi-pagi bangun..paip air buat hal..basah satu toilet.kena panggil maintenance hotel..tq riyaz(rakan sebilik yang mana 15 julai ini daftar sebagai tutor).pagi tu kami p sarapan pagi di hotel..kami minum kopi vietnam,roti,sayur,buah..yang lain mmg takut nak makan..kumpul di lobi utk siap2 "tawaf ho chi minh.kami ke district 1.kedai pakaian sukan dan ada sport center..kemudian kami ke chinatown market..kat sini paling murah..beg deuter pilihan budak2........kemudian kami k masjid jalan colon(makan tengahari).majlis ringkas bersama imam dan pengerusi majlis.tuan haji mokatar sebagai wakil UTHm menyampai ucapan dan cenderati.sesi bergambar dan sesi dialog berjalan lancar.saudara Fauzi boleh mantapkan lagi as moderator event di masjid pada masa hadapan.awk dah berani kira okla..kemudian kami pergi ke satu kwsn pasar..beli belah...hehe..kemudian p rumah orang islam.budak2 memborong tudung(RM30/sepasang)..kemudian kami ke halal saigon(menikmati makanan halal)..mmg kenyang.aku orang terakhir keluar..then solat di masjid india(di hadapan halal saigon)..then bertemu imam(hj tarmizi) dan nazir masjid.sesi dialog jam (710malam-730malam)..aku jadi moderator dialog.banyak masalah orang islam vietnam kita temui.ISlam tak boleh jadi askar/polis/pegawai kerajaan..kubur terdekat 6 jam perjalanan daripada ho chi minh..urusan masjid berbentuk sukarelawan(Imam tiada elaun)..kemudian kami balik hotel..mandi jap..aku pi ke ben than market..hujan renyai..kami menikmati angin malam sejuk di ho chi minh..jam 11 malam sampai hotel..mandi dan tidur
5 julai 2011(selasa)
pagi..sarapan pagi..bawa roti..aku makan koko crunch dan susu..makan buah.. dan minum kopi..then jalan2 di pasar siang ben than..mencari t-shirt dan beberapa benda..aku menunggang moto k "raja fabrik" di ho chi minh.mencabar tul bawa motor di dalam kesibukan bandar..left handed ...sakit tangan dan kena hati2 agar tak kena langgar..hehe..apapun best sgt..12 tgh kami kumpul di Lobi hotel..check out hotel.kemudian kami sesi petang kumpul di 4 bilik sahaja..giliran pesawat petang dah bergerak pulang.KASTAM MALAYSIA CHECK BARANG TERPERINCI..KESIAN MEREKA.hehe..ptg kami pusing2 di ben than sampai jam 5 petang..mengambil foto.aku sempat beli cermin mata rm10..terjumpa orang buta.sayu tul aku..beri sedikit sumbangan...jam 530 kami turun..amik bas dan ke air port.jam 730 gak sampai airport.TERIMA KASIH BANG ALI..banyak bantu kami..penerbangan kami patut 910 malam tetapi delay 940 malam(waktu vietnam)..SELAMAT JALAN VIETNAM.nanti datang lagi..
No comments:
Post a Comment